Bagi membantu meningkatkan produktiviti dan pengeluaran ladang anda, kami juga menyediakan perkhidmatan penambah baikan genetik. Perkhidmatan pembakaan yang kami sediakan ialah:
- Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK)
- Gerompok Nukleas
- Pinjaman Baka
- Pemeriksaan Daya Biak
- Teknologi Pembakaan
- Lelongan Baka
GEROMPOK NUKLEAS
1. Lembu Nellore
- Pusat Sumber Genetik Ternakan Ulu Lepar
Kami memelihara gerompok 100 induk dengan menggunakan baka yang diimport dari Brazil dan dibiak semenjak tahun 1985 di PSGT Ulu Lepar.
2. Lembu Kedah Kelantan
Lembu Kedah Kelantan tempatan ini telah dipilih dari ternakan yang menang dalam Pertandingan Ternakan di Jengka dan tempat lain serta dipelihara dalam gerompok induk 100 ekor semenjak tahun 1998 di Pusat Sumber Genetik ternakan Bukit Kajang, Raub.
3. Barbados Black Balley
Bebiri rerambut ini berasal dari Barbados dan dikacuk dengan baka Malin dan dipelihara di Pusat Sumber Genetik Ternakan Sepayang, Rompin.
Pinjaman Baka
Kami juga ada menyediakan pinjaman baka kepada penternak yang telah menceburkan diri dalam industri ternakan ruminan terutamanya Lembu, Kambing dan Bebiri. Permohonan pinjaman baka boleh dibuat melalui Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada kesesuaian projek dan jumlah ternakan yang sedia ada.
Pemeriksaan Daya Biak
Bagi membantu dalam pemilihan dan pembelian ternakan pembiak, pegawai profesional kami yang mahir boleh menyediakan Pemeriksaan Daya Biak dan persijilannya.
Teknologi Pembiakan
- Permanian Beradas
Kami menyediakan penyuntik berpengalaman terutamanya dalam ternakan tenusu. Program penyeragam berahi juga disediakan atas permintaan.
- Pemindahan Embrio (Embryo Transfer)
Pakar kami mampu menyediakan perkhidmatan pemindahan embrio kepada gerompok nukleas dan pembiak.