Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

imageimage LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PAHANG

Rizab Haiwan

Apakah itu Rizab Haiwan ?

Rizab Haiwan adalah tanah kerajaan dirizabkan untuk ternakan mengikut Seksyen 62 KANUN TANAH NEGARA di bawah kawalan JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR.

Apakah aktiviti yang dibenarkan di rizab haiwan?

  1. Pemeliharaan semua jenis ternakan kecuali babi untuk pengeluaran makanan hasilan ternakan:-
    • Daging
    • Susu
    • Telor
  2. Pembiakan dan pembakaan semua jenis ternakan.
  3. Memproses hasil ternakan.
  4. Tanaman untuk makanan ternakan.
  5. Memproses makanan ternakan.

Siapakah yang layak menggunakan rizab haiwan ?

  1. Usahawan.
  2. Persatuan Penternak.
  3. Syarikat.
  4. Koperasi.
  5. Agensi Kerajaan.

Bagaimanakah cara memohon ?

Cadangan projek hendaklah dikemukakan untuk penilaian Jawatankuasa Teknikal Rizab Haiwan dan kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Negeri di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Apakah syarat - syarat penggunaan rizab haiwan ?

  1. Keutamaan kepada penggunaan teknologi tinggi.
  2. Tidak mencemar alam sekitar.
  3. Mengadakan sistem kawalan pembuangan sisa-sisa dan bahan kumbahan yang diurus secara teratur.
  4. Menanda tangani perjanjian dengan kerajaan.
  5. Projek mesti bermula 6 bulan selepas kelulusan diberi. Jika gagal, kelulusan akan ditarik balik.

Berapakah bayaran untuk menggunakan rizab haiwan ?

  1. Guna Pakai - Tiada bayaran dikenakan.
  2. Sewaan - RM 50.00 seekar setahun.
  3. Pajakan - Rundingan dengan Kerajaan Negeri.

Berapa lamakah tempoh dibenarkan ?

  1. Guna Pakai - 1 tahun dan boleh disambung hingga maksima 3 tahun.
  2. Sewaan - 3 tahun dan boleh dilanjutkan maksima 4 kali untuk tidak lebih dari 15 tahun.
  3. Pajakan - Maksima 21 tahun.

Bagaimana cara pemilihan kawasan rizab haiwan ?

Sila berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran untuk menentukan kawasan yang sesuai.


  •  
  • Print
  • Email this page

HUBUNGI KAMI

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, 
Jalan Sri Kemunting 2, 
25100 Kuantan, Pahang

No. Telefon : 09 - 5171090
No. Faks     : 09 - 5141498
Emel           : phai@pahang.gov.my 

PAUTAN

Soalan Lazim

Arkib

PAUTAN LUAR

image

image

image

image

image

image

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari IniHari Ini20
Minggu IniMinggu Ini271
Bulan IniBulan Ini685

Jumlah Pelawat : 36058 Last updated : 19 04 24