Salam Sejahtera
Maklumat yang tepat dan terkini adalah perlu kepada sesebuah organisasi atau jabatan dalam membuat sebarang keputusan. Sejajar dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat masa kini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang telah cuba untuk sama-sama bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan ICT untuk menyalurkan maklumat-maklumat perkhidmatan kepada pelanggan kami melalui laman web yang dibangunkan ini. Harapan kami maklumat yang terdapat dalam laman web ini dapat menjadi salah satu sumber ilmu untuk kegunaan umum.
Melalui laman web ini juga, diharapkan hubungan secara dua hala antara anggota jabatan dan pelanggan dapat dilakukan. Pelanggan boleh memberikan sebarang idea atau komen berhubung dengan perkhidmatan kami. Idea atau komen tersebut boleh disaluran melalui emel atau menefon terus kepada anggota kami yang sentiasa bersedia berkhidmat, sesuai dengan moto
TUGAS KAMI BERBAKTI UNTUK ANDA
Akhir kata, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada anda yang telah sudi melayari laman web ini. Diharapkan maklumat yang terdapat disini akan memberi manafaat kepada anda dan berusaha bersama kami dalam memajukan industri ternakan negara terutamanya di Negeri Pahang ini.
Terima Kasih
Pengarah Perkhidmatan Veterinar
Negeri Pahang